Thursday, August 13, 2009

Isteri Risau.... (sharing is caring kan??)

Sekadar ingin berkongsi cerita..dapat dari emel..sharing is caring kan??

yelaa..bukan apa..aku pon banyak gak tuang2 solat ni..tak semua waktu tu penuh jek..
tiba2 insaf jap..hehehe....kita semua ni pon tak lah sempurna sangat kan...lagi2 bab2 agama ni..
korang bacalah ye..mana tau korang sendiri pon ada pendapat korang kan..
bleh share2 gitu...

yelaa..kite sendiri pon tak tau ajal kita ni bila...

kepada para2 suami dan para2 isteri, bawak2 lah bertaubat...hehhehe





Isteri risau suami tak solat

Bersama Dr Rubiah K Hamzah
bminggu@bharian.com.my

SOALAN

SAYA berusia 29 tahun dan sudah lapan tahun berkahwin. Sudah dikurniakan dua anak dengan suami yang rajin bekerja dan penyayang. Suami saya tidak pernah solat, kecuali pada hari raya. Ini membuatkan saya hilang hormat padanya. Saya tidak tenang dengan sikapnya. Walaupun saya mengaji, solat dan kerap ke majlis agama hati saya masih kosong, mungkin saya tidak menghormati suami.

Puan saya teringin memiliki suami yang rajin solat, beragama, mengaji bersama, solat jemaah. Sayang saya tidak dapat suami begitu. Saya selalu menyindir dan nasihat suami tetapi hatinya masih belum terbuka.

Jawapan:

SETINGGI simpati buat puan kerana bersuamikan hamba yang tidak merasa hamba dan tidak berjiwa hamba Allah. Persoalannya mungkin bermula dari sikap anda yang tidak teliti dalam membuat pemilihan ketika diberi kesempatan memilih, sedangkan Nabi sudah berpesan supaya memilih pasangan berdasarkan agama, di samping syarat yang lain.

Nampaknya syarat itu tidak di turuti, maka di situlah permulaan masalah yang puan hadapi sekarang. Suami memegang jawatan ketua keluarga, bagaimana dia mahu melaksanakan tugas itu jika dia tidak cukup syarat menjadi ketua keluarga. Maka berlakulah ketempangan yang lain dalam kehidupan, termasuk munculnya sikap suka marah yang anda alami. Ini juga disebabkan rezeki yang dimakan tidak cukup bersih kerana suami yang menjadi pencari rezeki lupa berterima kasih pada pembekal rezeki berkenaan yakni Allah.

Apa maknanya suami baik dengan puan dan keluarga jika hubungan kosong dengan Allah yang membekalkan nyawa padanya. Bagaimana anda mengandaikan ada syurga di kaki suami jika suami tidak tahu dan tidak mahu melayakkan diri menjadi ahli syurga, sebab itu dipesan agama, taati suami yang mentaati Allah, jika tidak, taat puan padanya tidak ada maknanya sekadar menambah dosa puan dan dosa dia pada keluarga, terutama anak-anak pada masa akan datang. Bagaimana hati boleh tenteram jika ibadah terpenting ini tidak dilaksanakan, seolah-olah sama saja dia dengan orang kafir kerana bezanya orang Mukmin dengan orang kafir ialah solatnya. Malah, Allah menyatakan pada kita umatnya yang bermaksud: "Wahai yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang sabar."- QS Al-Baqarah: 153.

Kita lihat perjalanan hidup Rasulullah saw pula bahawa baginda sendiri jika ditimpa sebarang ketakutan, baginda akan segera melakukan solat, malah baginda pernah berpesan pada Bilal yang bermaksud: "Wahai Bilal, tenteramkan (hati) kita dengan solat." Selain itu nasihat lain daripada bijak pandai agama untuk kita iaitu jika hati berasa sempit, masalah yang dihadapi berasa rumit, banyak tipu muslihat, maka bersegeralah ke tempat solat. Nasihat lain pula ialah jika berasa hari ini gelap, malam mencengkam dan kawan berpaling meninggalkan kita, maka lakukanlah solat. Jika diteliti pesanan Allah yang menyentuh hal solat dan kita memahaminya, pasti kita tidak akan mampu untuk meninggalkannya.

Misalnya, ayat Allah bermaksud: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya." - QS Thaha: 132. Begitu juga perintah sangat mengesankan yang bermaksud: "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar." - QS Al-Ankabut:45). Begitu juga pesanan lain yang bermaksud: "Sesungguhnya, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang mukmin yang beriman." - QS An Nisa: 103.

Puan setelah sekian banyak penjelasan diberikan, saya berharap anda faham bahawa akan tertanggal hubungan kita dengan Allah sekiranya kita tidak mengerjakan solat. Bagaimana puan sanggup hidup dengan orang yang hanya hidupnya sama seperti binatang? Bagaimana puan mengharapkan dia akan menjadi pelindung daripada api neraka jika dia tidak pernah berasa sebagai hamba Allah dan tidak pernah memikirkan bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang akan dijemput Allah. Jika puan mahu selamat buatlah pilihan sama ada mahu dengan Tuhan atau dengan suami yang jauh daripada Tuhan.

Pilihannya ada pada tangan puan. Jika puan tidak berusaha menyedarkannya atau hanya menyalahkannya atau puan selesa dengan kelakuannya, maka sudah tiada bantuan lain kerana Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi orang itu tidak mengubahnya sendiri. Allah membantu berdasarkan usaha dan doa kita. Jika mampu temukan suami dengan orang yang dia segani dalam keluarga dan masyarakat untuk bercakap dan menyedarkannya betapa sulitnya hidup orang yang tidak solat bukan saja di dunia, malah di akhirat lebih sukar lagi. Selebihnya teruslah berdoa kerana Allah tidak pernah menolak doa daripada hambanya. Jika anda mampu memperlihatkan kepadanya kesan positif hidup orang yang solat mungkin dia akan tertarik.

1 comment:

SyaNa said...

bumi makin uzur
umur bukan panjang
kalo yg lubang2 solat pn da dosa, ape lg tak pernah buat ye
iskhh aku pn insaff
tq eh kongsi

ade 1 kesah aku nk share:

ade sorg ni, dia pertikaikan kenapa org A tak solat, tapi kaya raya..dia plak (org B) jenis mmg tak tinggal solat, tapi hidup susah

kkdg Allah bg ujian dlm mcm2 cara. mungkin Allah bg rezeki kt org A, tp Allah nk tgk sejauh mana dia alpa.

yg org B plak, Allah nk tgk di reti syukur ke tak..

so solat ni bukan nye time susah mintak tlg. tapi tiang agama kan..

ewahh aku mcm ustazah plak..
sori la kalo pendapat aku salah

tp dgn mcm2 bencana skrg ni, kalo tak sedar lg tak tau la kan.
lagi2 ketua keluarga. kalo ade anak, mmg kesian kt anak2 kot mewarisi kealpaan mak bapak.