Friday, December 24, 2010

Cuti cuti cuti...lalalalaa

Salam semua...

Sekarang ni aku tengah menunggu masa nak balik jek..sebab hari ni bosh suruh 1/2 day..tapi keje aku lak melambak tadi..makanye aku siapkan keje dululah sebab hari senin ngan selasa aku cuti..

sekarang kerja semua dah siap..pelagi mentenet la kan?..wekeke

sesambil menunggu en cerp amik aku ni, aku dok baca entry aku yang lama2..rasa kelakor pon ada..rasa cam tak matang pon ada..hahaha...yang paling best bila baca pasal Qaisz kat entry lama..tu laa untungnya berblogging ni kan..boleh selak balik kenagan2 lama..

lepas ni kalau aku preggy lagi kan..sudah tentu aku nak update pasal perkembangan baby aku..pestu ambik gambar banyak2 time preggy..hehehe..verangan lebih..bilanya ntah nak preggy pon tak tau..rezeki lom ado kan...hihihi

Maka dengan ini blog akan cuti selama 4 hari..muahaha..lama tuhh...

Selamat Bercuti Semua

Thursday, December 23, 2010

Kisah Uda Dan Dara

Ni citer lawak ye...dapat dari email..hahaa..kisah si uda dan dara...(jangan fikir bukan2 haaa...kasi baca dari mila sampai habissss...)



Biasa dengar cerita percintaan Uda dan Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati.
Ini dara, awek yang sedang mekar

Ini pula Uda, pakwe kepada dara

Mereka sedang kemaruk bercinta

Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan – . .jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.Pergi clubbing setiap malam

Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira.

Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..

Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.

Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajoi

Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh diri

Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.
Dia pun membuat keputusan nekad juga…
:
:
:
:
Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…

Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan memollow cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.


hahahaha....aku gelak sorang2 masa baca ni tadi...klako klako...

Wednesday, December 22, 2010

Gatalnyelahhhhh!!!

haha..tajuk tak leh bla kan...wekeke

Di saat2 ujan dan sejuk2 begini...

Hidung aku pulak berair kembali...(Erkk..apa kene mengena ngan ujan ek?? hahaa)
Mintak2 tak jadi cam hari tu laa...sakit wooo...virus2 dok merebak ke mata, kepala dan telinga..
membuatkan gegendang telinga kiri dan kanan membengkak..masa tu aku rasa berdengung je laa..
mata memang gatal semacam..
Paling tak tahan kepala aku sakit teramat sangat..dia bawak ke mata tu..kene cahaya pon sakitttt..
sampai aku rasa cam nak cabot je kepala aku ni letak sebelah jap..sakit giler beb..
Tapi Alhamdulillah lepas pergi klinik dan makan ubat telinga aku dah ok..

Tapi skang ni idung aku lak start selsema..mata gatal2..ada salah makan ke pagi tadi..hmmm..

Tuesday, December 21, 2010

Diet Atkins

Siapa tau pasal diet atkins ni...masa tengah blogwalking ni terjumpa satu blog adik nih..

Dia berjaya buat diet atkins... kuat tul semangat adik ni..korang leh baca blog dia nih..

http://www.taknakgemuk.com/


Tapi nak buat atkins ni kene buat induction selama 2 minggu dulu..ni ada beberapa tips yang aku copy dari blog adik Dzul tu masa kita tengah buat induction...aku ingat nk try laa..hehehe

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..

Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh!

Monday, December 20, 2010

Surprise Untuk Si Dia

Sebenarnya semalam bufday en cerp. Aku suprisekan dia hari Jumaat malam tuh. hehe
Ala..tak de pape pon cuma hadiah yang aku belikan tu kene gak bagi cepat..takut cair...Almaklumler area opis aku takde supermarket yang best..cuma ada 99 jek.

Maka aku belikan kad ucapan dan cekelat sajok..sebelum tu aku dah belikan kemeja tuk en cerp..tapi dah bagi awal2..hahaa...

Masa en cerp tengah leka buat keje artikel aku pon kuarkan cekelat ngan kad ucapan dari handbag aku..huhuhu..mukanya agak cuak dan terkejut..

Sekeping kad ucapan di hari lahirnya...

aku tak tau kenapa aku pilih ada warna pink...aku dah bertukar minat ke??
sbb aku minat merah sebelum ni..hahaha

Ucapan dihari lahir dari isteri dan anak tercinta...
umur kene di rahsiakan..wekeke

Kek bertukar menjadi coklat kegemaran..
sengaja aku pilih almonds sebab aku tau suamiku sukakannya....

Si isteri belum gaji maka ini je yang dapat diberikan sempena hari lahirnya..yang penting ikhlas...nanti dah gaji ayang belanja makan tempat special ok..abang tolong drivekan kereta jek..huuhuhu...

Last sekali, Happy Birthday Sayang...
Luv u so muchhhhhh!!!..
Mmuahhhh....hehhee



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...