Friday, August 12, 2011

Menu Berbuka Puasa Semalam



Semalam teringin sangat nak buat air cocktail. Balik kerja terus ajak en suami singgah kedai.
Beli cocktail, sanquick ngan epal ijau. Epal ijau ni pon teringin sangat nak makan. Sejak puasa ni tak sentuh buah-buah pon.

Lepas tu singgah gerai kuih kat depan klinik desa tuh. Makcik tu dah biasa menjual. Berani sikitlah nak membelinyakan. Dari pergi beli kat bazar tu yang peniaganya jenis nak untung je. Tapi kualiti hampeh. Belilah kuih donut tuk Qaisz, tauhu sumbat goreng ngan sambal goreng. Pestu makcik tu bagi free pisang goreng 3 ketul. Sedekah katanya. Alhamdulillah. hehe

Cerita pasal donut kan. Boleh pulak Qaisz cakap dia nak donut macam dalam henpon saya tuh. Donut big Apple la apa lagi. Siap cakap sedapnyaaaa kuih ni. Nanti ibu belikan ye. hahaha. Nanti la nak. Tunggu kite soping pergi Jusco. Kang singgah beli donut ye.


Air Sirap + Sanquick + Cocktail...hehehe..sedapppppp

Air tebu oriiii punya....tapi tak leh minum..en hubby tak bagi..hehehe

Masak lema cili api ikan kembung + tempoyak..terbaikk..
mak saya yang masak..hehehe

Samabal goreng. Hari2 mesti ada...feberet en suami dan saya..hehee

Kuih donut Qaisz...huhuh

Popia Goreng..

Keledek goreng + pisang goreng..

Ok itu je nak citer. Terliur sudah. muahahaa

Thursday, August 11, 2011

Hari ni Qaisz 4 tahun


Happy birthday sayang. Dah 4 tahun dah Abang Qaisz nih. Tahun depan dah skolah kan. Kejap je rasanya dia membesar.

Ibu & Ayah doakan semoga Qaisz menjadi anak yg soleh dan beriman. Anak yang cerdik pandai dan anak yang mendengar kata orang tua. Semoga menjadi abang yang bertanggunjawab kepada adik2nya. hehehe

Tahun ni tak buat majlis besday Qaisz pon. Sebanrnya ada la buat kecik2 kat rumah mertua. Dah lepas pon. Alang2 berbuka kat rumah mertua kan. Saya cakap la nak buat besday Qaisz skali. Saya belikan Kek dia. Kek pon dia pilih sendiri. Kek Ben 10. hehe

Lepas berbuka tu baru potong2 kek. Tapi kan gambar takde. Sempat ambik gambar kek je. lepas tu enpon buat hal. memory full katanye. Hahaha. Rezeki Qaisz kan. Dia dapat hadiah dari atok , pak ngah ngan pak lang nye. Terima kasih ye semua. Semoga kalian murah rezeki.

Terima kasih jugak kepada kawan2 yang ucap selamat hari lahir kepada Qaisz kat FB saya tadi. huhuhuhu...

Ni je gambar yang ada. tu pon cam apa jek..heheh...

Wednesday, August 10, 2011

Kuih Rengas @ Kuih Kacang @ Kuih Kasturi


Kejadian adalah pada hari sabtu lepas. En suami suka makan kuih ni. Maka saya pon menggodek resepi di tenet. Pestime membuat kuih rengas ini. Hasilnya boleh laa. Hehehe.

Ni bawak ke rumah mertua sikit. Sebab kami semua berbuka puasa di rumah mertua. Termasuklah biras2 ku Shida dan Famiza. Memasing datang membawa juadah. Sudahnya penuh ngan juadah je lah. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Terima kasih Shida sebab bawakkan otak2 tu. Hehehe. Kepada Famiza pulak, i teringatkan u punya kek batek okeh. hahaha.

Banyak jugaklah saya buat kuih rengas ni. Bagi kat jiran2 sebelah rumah sikit.





Bila mood rajin cam ni laa..tapi bila mood malas. sendiri mau ingat lah!!..hehehe

Tuesday, August 9, 2011

5th Check Up

Gambar dari google.

Semalam pagi saya ada monthly check up di klinik desa. Dapatlah turn no sepuluh. Nak buat macam mana kan. Ramai ibu ibu mengandung semalam.

Alhamdulillah semuanya ok. BP ok. Darah pon ok. Berat pon ok. Berkat berpuasa kan. Saya target berat saya naik dua kilo. Tapi semalam naik sekilo je. Ok la tu kan. Buku merah pon nurse tulis pakai pen hitam jek. Takde pen merah. I likeeee. Hehehe

Lepas tu nurse inject kancing gigi pulak. Hat ni mula2 tak rasa apa. Dah petang tu bawak ke malam bawak ke hari ni terasa amat sengal sekali lengan tangan saya nih. Nurse ada check perot nak dengar jantung baby. Tapi tak berapa clear sebab nurse cakap perut saya teballl tau. Alahai jenuh la nak mengempiskannye nanti. huhuhu

Hasil check up semalam :-

Hb - 11.6
BP - 110/70
Tinggi Rahim - 27cm.
Berat - 77.80 kg.

Check up seterusnya pada 05/09. Pagi kene pergi klinik desa. Petang pukul dua kene pergi port klang tuk scan baby. 09/09 pulak kene minum air gula.

Nak buat camane. Ikutkan je lah ye tak. Janji baby sihat walafiat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...