Monday, January 16, 2012

Orang buat photoshoot preggy, saya pun nak buat jugak..


Dah lama nak buat entry ni. Dari sebelum bersalin lagi tau. Tapi kemalasan melanda ditambah pula ada bermacam-macam agenda pada setiap minggu.hehehe



Ok. Photoshoot ni masa tengah mengandung 8 bulan. Terima kasih pada group Khataragrafi yang telah shoot gambar kami anak beranak. Photographer termasuklah encik suami saya sendiri. Kalau korang berminat nak tanya harga atau sebarang soalan, silalah ke laman sesawang http://khataragrafi.blogspot.com/. (siapa lagi nak tolong promote kalau bukan isteri sendiri kan...pizza hut jom!!! hehehe)


Bukan apa, masa mengandungkan Qaisz dulu tak merasa nak photoshoot2 nih. Ni bila dah mengandung kali kedua, terus bagitau encik suami tentang hasrat di hati. Bila lagi nak merasa tul tak. Nak tunggu mengandung yang ketiga tak tau entah bila. Rasanya dah dapat sepasang ni dah cukup. hehehe


Photoshoot kat mane?? hmm..di sebabkan perot dah membesar, saya tak berani nak pergi tempat yang jauh2. Takut pula bila tiba2 nak terberanak pulak kan. Kebetulan dekat rumah kawan encik suami tu ada majlis pertunangan adiknya,dan pelamin mini tuk majlis bertunang tu sangat cantik di mata saya. Terus teringin nak amik gambar kat situ. Lantak la apa orang nak cakap kan. Yang penting saya teringin benar. Paham2 lah kalau orang perempuan mengandung ni. Kalau dah teringin tu, memang dia betul2 mahukannya. Ada paham ka?? hehehe..Tapi tidaklah time majlis tu. Kitorang ambik gambar selepas majlis. Time malamnye tuh..hehehe


Layan la gambo eh..tak tau nk tulis apa dah..hehee












Maria Dayana - 2 Bulan

Pada 09/1/2012 hari tu Dayana dah 2 bulan. Dah pandai senyum2. Gelak tu sikit2 ada la.
Tapi bila kita pegang tangan dia pestu main tepuk amai2 sambil kite tepukkan tangan dia, dia senyum & rasa happy jek. hehehe






Berat dia pon dah 4.4kg. Ramai cakap ikut muka Qaisz. Dah nama pon abangnye kan. Harus lah sama.




Jatuh cinta dengan EPAL HIJAU


Ha... nak cerita sikit nih..
Sebenarnya saya bukanlah penggemar epa hijau dari dulu lagi tau. Start jatuh cinta masa mengandungkan Dayana hari tu.
Suka sangat makan epal hijau ni. Hari2 mesti nak ngap epal hijau. Kalau tak makan epal hijau tu rasa cam tak best je. Hahaha

Sampaikan dalam pantang pon saya bedal epal hijau. wekeke. Kenyang tau epal hijau ni.

Kat opis kalau tak tau nak makan apa, saya bedal epal hijau ngan air suam. Jimat poket. hahaha



Hari Pertama Qaisz Ke Sekolah


Tahun ni Qaisz dah 5 tahun ye. Makanya kenalah ke sekolah tadika. Kami hantar ke tadika
agama yang berhampiran je.



Masa hari pertama dia ok jek. Mau tak ok, sebab saya ngan encik suami menunggu sampai pukul 10 pagi. Dia asiklah menjenguk tingkap tengok mak paknye ada ke tak kat luar kelas tuh. Hari pertama dah tumpahkah air kat meja. Dengan selamba dia lap pakai sapu tangan dia. Lepas tu cikgu nampak, barulah cikgu amik kain lap lain.




Dah tu pulak air budak perempuan yang duduk dekat2 ngan meja dia pulak tumpah. Qaisz menjadi hero dengan tolong mengelapkan meja budak perempuan itu. Bagus tak? hehehe.

Ada tu dia boleh pulak memujuk budak perempuan lain yang tengah nangis. Kitorang seronok lah tengok dia happy kan. Siap boleh main2 lagi ngan kawan2. Sekali bila mak bapaknye balik (err..yang sebenarnye bukan balik pon..tapi pergi kedai nak mencekik..sebab belum sarapan lagi.) dia nangis rupanya. adoii..



Tau pon sebab masa ambik dia balik skolah pukul 11.30 tu dia tengah nangis. hehehe..Balik terus bawak ke Jusco Bkt Tinggi sebab ada urusan kat sana. Si Qaisz pon apa lagi. Nak main game lah kan. Tak pe lah. Reward hari pertama ke skolah. Bagi lah main game kat sana. Encik suami yang temankan dia. Saya pulak dah meround ke baju2 baby. Geram tau tengok baju gegel. Ishhh..

Baju sekolah masa ni belum dapat lagi. Tadi hantar dia pergi sekolah nampak sorang ustazah tu tengah pegang baju2 takis ni. Alhamdulillah. Tak pening lah saya nak memikirkan baju apa yang nak dipakaikan Qaisz bila nak ke sekolah esok hari.

Hari ni dalam sejarah bila hantar Qaisz pergi skolah dia tak nangis dah. Saya salam pon dia selamba je. Pestu saya babai2 dia, dia pon balas gak. Cam tu la anak ibu n ayah. Harap2 lepas ni tak nangis bila ke sekolah ye sayang.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...